Berita Terkini
← Back to list
Jelajah pra musim JDT bermula di Dubai
Jan 18, 2020
Jelajah pra musim JDT bermula di Dubai
Foto - JohorSouthernTigers
Juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim selamat tiba di Dubai untuk memulakan siri jelajah pra musim di negara Teluk itu.
JDT akan mengharungi lima perlawanan persahabatan di sana termasuk menentang skuad kebangsaan Turkmenistan dan juara Liga Latvia, Riga FC.
Skuad kendalian Benjamin Mora akan berkunjung ke Jepun untuk bertemu Vissel Kobe dalam aksi pertama Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia, 12 Februari ini.
-----
KAFA jamin selesai tunggakan gaji
Foto - Perak Today
Persatuan Bola Sepak Kelantan akan selesaikan tunggakan gaji pemain, pegawai dan jurulatih The Red Warrios sebelum 31 Januari ini.
Setakat ini, KAFA sudah menjelaskan tunggakan gaji berjumlah RM2 juta kepada sebahagian daripada 19 pemain termasuk pegawai dan jurulatih.
Pihaknya akan menyelesaikan tunggakan itu secepat mungkin bagi mengelakkan dikenakan pemotongan mata dalam Liga Premier, musim ini.
-----
Manchester United idam curi mata di Anfield
Foto - Bleacher Report
Manchester United buru kemenangan ketiga berturut-turut menjelang aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Liverpool di Anfield, awal pagi Isnin ini.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berada dalam momentum terbaik selepas menang ke atas Norwich dan singkirkan Wolves pada pusingan ketiga Piala FA.
United merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata daripada Liverpool musim ini apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 Oktober lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm