Berita Terkini
← Back to list
KAFA tetap mahu ambil pemain import
Jan 02, 2019
Foto - asiana.my
Persatuan Bolasepak Kelantan tetap berkeras mahu ambil pemain import biarpun dikenakan syarat ketat oleh MFL ekoran masalah tunggakan hutang.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu sedang bertungkus-lumus mencari jalan bagi melengkapkan kouta yang ditetapkan.
Foto - Twitter Kelantan FA Official
Menurut KAFA, semua calon pemain import akan dijui pada aksi persahabatan yang telah dirangka sebelum dipilih untuk membarisi kesebelasan utama.
Aksi persahabatan itu juga katanya, akan menjadi medan untuk menguji persiapan pasukan menjelang sepak mula Liga Perdana 2019.
Foto - Twitter Phnom Penh Crown FC
Skuad The Red Warriors terdahulu sudah menandatangani bekas pemain Phnom Penh Crown FC, Yuka Suzuki dari Jepun selain kekalkan khidmat pertahanan, Cassio de Jesus.
Suzuki menyertai Kelantan hasil tajaan sebuah syarikat pengeluar minuman pribiotik dan MFL membenarkan pemain itu didaftarkan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm