Berita Terkini
← Back to list
Kelayakan Piala Asia B-20 : Malaysia 0-0 Korea Utara
Sep 24, 2024
Kelayakan Piala Asia B-20 : Malaysia 0-0 Korea Utara
Malaysia seri tanpa jaringan dengan Korea Utara pada aksi kedua kumpulan E, Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun.
Nasib tidak menyebelahi skuad muda negara untuk catat kemenangan biarpun Korea Utara terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 25 minit terakhir perlawanan.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia duduki tangga kedua kumpulan dengan 4 mata di belakang Korea Utara.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido itu akan berdepan Tajikistan Jumaat ini.
Rodri Mungkin Terpaksa Berehat Panjang
Tonggak tengah Manchester City, Rodri mungkin terlepas baki saingan musim ini.
Dia dilapor memerlukan masa hampir setahun untuk pulih daripada kecederaan lutut serius yang dialaminya ketika City seri 2 sama dengan Arsenal pada aksi EPL, baru-baru ini.
Ketiadaan Rodri dijangka beri kesan besar buat City yang gagal untuk menang 40 peratus daripada saingan liga tanpa khidmat pemain itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm