Berita Terkini
← Back to list
Kelayakan Piala Dunia : Itali Tewaskan Moldova 2-0
Jun 10, 2025
Kelayakan Piala Dunia : Itali Tewaskan Moldova 2-0
Luciano Spaletti akhiri khidmatnya selaku pengendali pasukan Itali dengan kemenangan.
Ini selepas The Azzuri tewaskan Moldova 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia.
Terdahulu, Spaletti mengumumkan ini merupakan perlawanan terakhirnya bersama Itali kerana dia akan meninggalkan pasukan itu.
Antara keputusan lain,
Belgium tundukkan Wales 4-3,
Norway menang tipis 1-0 ke atas Estonia,
Dan, Croatia belasah Czechia 5-1.
Isu pemain warisan tidak jejaskan persiapan Harimau Malaya
Persiapan skuad Harimau Malaya berdepan Vietnam menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 malam ini tidak terganggu dengan isu pemain warisan baru yang dibangkitkan di media sosial.
Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkata semua pemain jalani latihan dengan sebaiknya dan tidak sabar untuk cipta kemenangan buat Malaysia malam ini.
Untuk rekod, 5 pemain warisan baru dibawa masuk untuk memperkuatkan lagi skuad negara menjelang kempen antarabangsa akan datang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm