Berita Terkini
← Back to list
Keputusan KBS letak sandaran kepada Syakilla untuk Olimpik Tokyo 2020 tidak wajar.
May 29, 2019
Foto : Stadium Astro
Pemerhati sukan tempatan, Dr Mohamad Faithal Hassan sifatkan keputusan Menteri Belia dan Sukan letakkan sandaran kepada Syakilla Salni Jefry Krishnan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai tidak wajar.
Foto : Stadium Astro
Jelasnya kepada Stadium Astro, peluang harus diberikan kepada atlet lain yang berpotensi kerana jaguh karate negara itu telah banyak sia-siakan peluang yang diberikan kementerian sebelum ini.
Foto : Stadium Astro
Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan nafi dakwaan kononnya pihaknya terlalu mengikut kehendak atlet.
Timbalan Menterinya, Steven Sim berkata adalah tidak adil untuk ketepikan terus atlet kerana mereka yang berjuang, berlatih dan hadapi tekanan untuk meraih kejayaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm