Berita Terkini
← Back to list
Kerajaan Setuju Segerakan Penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia
Jun 15, 2025
Kerajaan Setuju Segerakan Penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia
Kerajaan bersetuju untuk segerakan kelulusan peruntukan bagi penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan memastikan cadangan penubuhan akademi berkenaan menjadi realiti menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia menyifatkan pengumuman itu adalah berita baik yang ditunggu sejak sekian lama oleh penggiat sepak takraw negara.
Jelasnya, ini merupakan peruntukan terbesar kepada sukan sepak takraw negara dalam tempoh 10 tahun jika dana RM6 juta itu diluluskan kerajaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm