Berita Terkini
← Back to list
Kerajaan negeri perlu bekerjsama dengan pusat bangunkan sukan ke peringkat antarabangsa
Feb 15, 2019
Foto - Stadium Astro
Kementerian Belia dan Sukan berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat penting dalam usaha membangunkan pelbagai bidang sukan negara ke peringkat antarabangsa.
Menurut menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kerjasama itu penting khususnya kepada kementeriannya untuk menggerakkan agenda pembangunan sukan di setiap negeri.
Foto - Stadium Astro
Katanya, hanya kerajaan negeri sahaja yang mengetahui keadaan, infrastruktur dan atlet dari negeri masing-masing yang boleh digilap dan dibantu oleh kementerian.
Kerjasama ini katanya, bukan sahaja untuk mewujudkan infrastruktur malah dapat melatih dan melahirkan atlet berkualiti.
Foto - Stadium Astro
Tambah Syed Saddiq, persatuan sukan di negeri juga tidak seharusnya dipolitikkan bagi memajukan sukan negara.
KBS juga mahu peruntukan yang disediakan sama ada melalui kerajaan negeri atau persekutuan diagihkan secara adil dan tidak tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm