Berita Terkini
← Back to list
Kerajaan negeri sedia bantu Terengganu City FC
Jan 22, 2019
Foto - Terenggany City FC
Kerajaan Terengganu sedia keluarkan surat sokongan kepada pasukan bola sepak Terengganu City untuk dapatkan penajaan dalam usaha menyelesaikan tunggakan gaji pemainnya berjumlah hampir RM1juta.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau amat bersimpati dengan nasib pemain dan jurulatih pasukan berkenaan.
Foto - FreeMalaysiaToday
Namun jelas Dr Ahmad Samsuri, kerajaan negeri tidak dapat membantu menyelesaikan tunggakan itu kerana faktor kewangan terhad.
Ia berikutan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu mempunyai komitmen terhadap dua pasukan bernaung di bawahnya, skuad Terengganu FC dan Terengganu FC ll.
Foto - Football Tribe
Bagaimanapun, pihaknya akan berusaha mencari ikhtiar lain termasuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana penaja yang berminat bagi membela nasib pemain dan jurulatih TCFC.
Namun, beliau menasihatkan supaya kedua-dua pihak, pengurusan dan pemain supaya mengadakan perbincangan sekali lagi bagi mencari kaedah terbaik merungkai masalah itu daripada terus berlarutan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm