Berita Terkini
← Back to list
Lee Zii Jia Tidak Sertai Terbuka India dan Masters Indonesia
Jan 07, 2025
Lee Zii Jia Tidak Sertai Terbuka India dan Masters Indonesia
Lee Zii Jia sah terlepas 2 lagi kejohanan bulan ini iaitu saingan badminton Terbuka India dan Masters Indonesia.
Ini kerana perseorangan lelaki negara itu masih dalam proses pemulihan susulan kecederaan ligamen buku lali yang dialaminya ketika Jelajah Dunia Akhir BWF, bulan lalu.
Terdahulu, Zii Jia umum tarik diri daripada Terbuka Malaysia yang buka tirainya hari ini.
Rekod Zaidatul Husniah diiktiraf Olahraga Dunia
KOM sahkan rekod yang dicipta ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dalam acara 100m pada Kejohanan Terbuka Perlis, Oktober lalu telah diiktiraf oleh Olahraga Dunia.
Catatan masa 11.49 saat yang direkodkan oleh Zaidatul itu sekaligus berjaya padam rekod bekas pelari pecut negara, G Shanti sebelum ini iaitu 11.50 saat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm