Berita Terkini
← Back to list
Liga Malaysia tanpa kehadiran penyokong?
Mar 04, 2020
Liga Malaysia tanpa kehadiran penyokong?
Foto - Johorsoutherntigers
Liga Bola Sepak Malaysia setakat ini belum berhasrat menunda saingan Liga Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
Menurut MFL, keputusan menangguhkan perjalanan liga bukan tugas mudah kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
Namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ambil pendekatan melangsungkan perlawanan tanpa kehadiran penyokong sebagai langkah awal pencegahan.
-----
Safawi Rasid mohon maaf
Foto - Johorsoutherntigers
Penyerang JDT, Safawi Rasid mohon maaf kepada penyokong dan pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor berikutan prestasi buruknya pada awal musim ini.
Menerusi status yang dimuat naik di Instagram rasminya, pemain kelahiran Dungun itu berjanji akan memperbaiki prestasinya pada masa akan datang.
Awal hari ini, TMJ muat naik status tidak berpuas hati dengan prestasi seorang pemain JDT yang dikatakan merudum gara-gara bercinta dengan seorang selebriti.
-----
UKHWAH Pahang anjur kejohanan Muay Thai patuh syariah
Foto - UKHWAH Pahang
Kejohanan Ukhwah Super Muay Thai Piala Cabaran MB 2020 yang julung kali diadakan bakal menampilkan kelainan apabila mewajibkan aspek pemakaian patuh syariah kepada pesertanya.
Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturrahim Pahang berkata, para peninju Muay Thai dalam kejohanan itu diwajibkan memakai seluar panjang atau seluar ketat.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA pada 27 Mac ini akan menyaksikan 12 peninju berentap untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm