Berita Terkini
← Back to list
Low Wee Wern raih kemenangan sulung di skuasy TOC
Jan 19, 2019
Foto - New Straits Times
Pemain skuasy negara Low Wee Wern raih kemenangan sulung pada penampilan pertamanya dalam kejohanan Tour of Champions di New York.
Juara Terbuka Malaysia 2018 itu menewaskan pemain muda Mesir, Mayar Hany dengan 12-10, 11-3, 6-11 dan 11-6 dalam perlawanan pusingan pertama.
Foto - Stadium Astro
Wee Wern berkata, dia gembira dengan kemenangan itu dan teruja untuk menghadapi aksi pusingan kedua berdepan pilihan seorang lagi pemain Mesir, Nour El Tayeb, esok.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 28 tahun itu sebelum ini berehat selama 21 bulan berikutan kecederaan lutut semasa Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2016.
Foto - Stadium Astro
Turut mara ke pusingan kedua, juara kebangsaan S. Sivasangari yang meraih kemenangan 11-2, 11-7 dan 11-8 ke atas Fiona Moverley dari England.
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pula hanya akan memulakan saingan di pusingan kedua selepas mendapat bye pada pusingan pertama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm