Berita Terkini
← Back to list
MIFA sah ke Liga Super, Perlis sertai Liga Perdana
Dec 28, 2018
Foto - Stadium Astro
MIFA lengkapkan senarai 12 pasukan yang akan beraksi di Liga Super 2019 setelah mendapat kelulusan daripada Liga Bolasepak Malaysia.
Slot itu ditawarkan kepada MIFA secara merit selepas naib juara Liga Perdana, Feclra FC membuat keputusan menarik diri ekoran masalah kewangan.
Foto - Stadium Astro
Menurut MFL, MIFA diberi keutamaan kerana telah berusaha dengan baik dan mematuhi keperluan MFL serta menunjukkan rancangan masa depan yang jelas.
MFL juga percaya bahawa MIFA yang menerima pelaburan baru akan menggunakan pelaburan tersebut bagi membantu pasukan tersebut menjadi lebih stabil pada masa yang akan datang.
Foto - Stadium Astro
Sementara itu, hasrat Perlis yang berbelanja besar untuk beraksi dalam Liga Perdana 2019, akhirnya tercapai selepas penguduran Terengganu City FC dan Kuantan FA.
Turut serta Terengganu FC II dan Selangor United selain UKM FC yang akan terus kekal dalam divisyen dua itu selepas MFC menerima rayuan pasukan universiti itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm