Berita Terkini
← Back to list
MSN dan KOM kecewa dengan jaguh lempar cakera negara
Jan 17, 2019
Foto - Stadium Astro
Majlis Sukan Negara kecewa dengan kenyataan jaguh lempar cakera, Irfan Shamsuddin terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kenyataan Irfan disifatkan sebagai tuduhan melulu yang tidak sesuai dikeluarkannya sebagai atlet kebangsaan.
Foto - Stadium Astro
Presiden Kesatuan Olimpik Malaysia, Datuk Karim Ibrahim dalam kenyataan berasingan turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Muhammad Irfan.
Katanya, beliau bagi pihak KOM memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan atlet tersebut.
Foto - Stadium Astro
Irfan menerusi laman Instagram semalam mempersoalkan tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenai program latihannya selaku atlet kebangsaan.
Pemenang pingat perak Kejohanan Olahraga Asia juga itu tidak berpuas hati dengan penamatan kontrak jurulatih peribadinya serta permohonannya untuk berlatih sendiri di luar negara yang ditolak.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm