Berita Terkini
← Back to list
Mahkamah Timbang Tara Sukan tolak rayuan Datuk Karim Ibrahim
Jan 30, 2019
Foto - Stadium Astro
Mahkamah Timbang Tara Sukan menolak rayuan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Karim Ibrahim.
Beliau membuat rayuan terhadap keputusan Persatuan Olahraga Dunia yang mengeluarkannya daripada Majlis badan induk dunia itu tahun lepas.
Foto - IAAF
Pegawai Komunikasi CAS, Katy Hogg berkata, keputusan akhir itu dibuat pada 17 Disember tahun lepas.
IAAF pada Ogos tahun lalu mengesahkan bahawa panel penilainya mendapati Karim tidak layak memegang jawatan dalam Majlis badan induk itu.
Foto - Stadium Astro
Karim sebelum ini pernah dikenakan penggantungan kerana didakwa melindungi atlet yang tidak mahu menjalani ujian doping pada 2011.
Beliau bagaimanapun membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi dan berjaya membatalkan hukuman penggantungan itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm