Berita Terkini
← Back to list
Malaysia anjur jelajah berbasikal wanita antarabangsa
May 03, 2019
Foto - LTdF 2019
Malaysia buat julung kalinya akan menganjurkan perlumbaan jelajah berbasikal wanita antarabangsa Le Tour de Femina 2019 dari 7 hingga 12 September depan.
Perlumbaan enam peringkat berstatus UCI 2.1 (wanita elit) membabitkan penyertaan kelab-kelab profesional wanita termasuk dari Eropah, Amerika, Oceania dan Asia.
Foto - Sports247
Ketua Pegawai Eksekutif LTdF 2019 Shahirudeen Seeni Mohamad berkata, setakat ini pihaknya telah menerima maklum balas yang amat menggalakkan daripada pasukan yang berminat untuk menyertai perlumbaan ini.
Namun pihaknya perlu menapis penyertaan ekoran banyak penyertaan daripada Eropah dan memberi peluang kepada pasukan Asia, pasukan kebangsaan seperti Malaysia dan Indonesia.
Foto - LTdF 2019
LTdF 2019 menyajikan perlumbaan jelajah pertama dianjurkan di Malaysia melibatkan keseluruhan 719.9km bermula di Jitra, Kedah dan berakhir di Cyberjaya.
Perlumbaan yang menelan belanja RM10 juta itu akan membabitkan 132 pelumba daripada 22 pasukan keseluruhannya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm