Berita Terkini
← Back to list
Malaysia raih 4 emas pada hari pertama Sukan SEA!
Dec 02, 2019
Malaysia berjaya raih 4 emas pada hari pertama Sukan SEA Filipina!
Emas pertama negara diraih Loh Choon How menerusi sukan Wushu, manakala atlet break dance lelaki, Lego Sam pula menyumbangkan emas kedua negara dalam sukan tarian.
Foto : Stadium Astro
Skuad polo negara turut raih emas selepas tumpaskan pasukan tuan rumah pada aksi final.
Foto : Stadium Astro
Sementara emas keempat skuad negara disumbangkan atlet luncur ais, Julian Yee.
Kontinjen negara turut meraih 2 perak menerusi acara wushu dan kurash manakala 2 lagi gangsa disumbangkan skuad floorball lelaki dan wanita negara.
Malaysia kini di kedudukan ke-4 carta pingat dengan 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa.
Sementara itu, skuad bola jaring negara akan berdepan musuh tradisi, Singapura pada aksi final hari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm