Berita Terkini
← Back to list
Malaysia raih pingat emas pertama di Sukan Asia Indonesia.
Aug 23, 2018
Penantian pingat emas Malaysia pada Sukan Asia Indonesia berakhir.
Skuad tenpin boling negara yang dibarisi Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah dan Syaidatul Afifah berjaya sumbangkan emas pertama menerusi acara Trio Wanita.
Foto: Utusan
Pemain boling wanita negara, Saidatul Afifah akui tidak jangka mampu raih emas Sukan Asia 2018 dalam acara Trio Wanita bersama Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah.
Namun katanya, fokus buat yang terbaik dan tidak letakkan tekanan kepada diri berjaya bantu mereka hadiahkan emas pertama buat Malaysia.
Kali terakhir Malaysia ungguli acara itu adalah 24 tahun lalu di Jepun.
Sementara itu, attlet olahraga negara bakal terima ganjaran RM10,000 jika berjaya tamatkan kemarau pingat pada Sukan Asia.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia berkata ia sebagai pembakar semangat buat mereka untuk harumkan nama Malaysia.
Foto: Berita Harian
Tambah Datuk Karim Ibrahim, insentif RM5,000 diberi jika ada yang berjaya perbaharui rekod kebangsaan.
Malaysia hantar 15 atlet olahraga untuk bersaing di Indonesia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm