Berita Terkini
← Back to list
Malaysia tumpas 0-1 kepada Kyrgyzstan pada aksi persahabatan di Melaka.
Oct 17, 2018
Malaysia gagal teruskan rentak kemenangan.
Foto - FAM
Skuad Harimau Malaya tumpas 0-1 kepada Kyrgyzstan pada aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk jaringkan gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha, namun palang gol jadi penghalang.
Gol kemenangan Kyrgyzstan dijaringkan pada minit ke-68.
---
Goh Jin Wei mampu capai kedudukan 5 terbaik dunia!
Foto - Astro Awani
Datuk Tey Seu Bock mahu anak buahnya, Goh Jin Wei duduki lima kelompok terbaik dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Jurulatih perseorangan wanita itu berkata beliau kini perlu pastikan Jin Wei keluar daripada status pemain remaja untuk muncul pemain elit dunia.
Namun beliau akui ia bukan tugas mudah kerana juara Olimpik Remaja 2018 itu perlu pecahkan dominasi Jepun dan China.
Terdahulu, JIn Wei letakkan sasaran peribadi untuk duduki kelompok 10 terbaik dunia menjelang 2020.
---
Persatuan Kriket Malaysia mahu kekal di Kinrara Oval, Puchong!
Foto - Stadium Astro
Persatuan Kriket Malaysia tidak bercadang gunakan pelan B untuk selamatkan gelanggang mereka - Kinrara Oval di Puchong.
Presidennya, Mahinda Vallipuram berkata buat masa ini pihaknya mahu terus kekal di venue itu walaupun dapat tekanan daripada pihak pemaju.
Mahinda optimis perbincangan dengan beberapa pihak akan hasilkan keputusan positif.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm