Berita Terkini
← Back to list
Menteri Belia dan Sukan kecewa dengan sistem tiket Kejuaraan Bolasepak AFC B-16 semalam.
Sep 24, 2018
Menteri Belia dan Sukan kecewa dengan sistem pengendalian tiket sempena aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan Bolasepak AFC Bawah 16 Tahun antara Malaysia dan Thailand petang semalam.
Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang hadir ke stadium Nasional Bukit Jalil menyifatkan sistem pengurusan tiket lemah apabila hanya satu pintu masuk dibuka menyebabkan sebahagian penyokong terpaksa beratur panjang.
Dianggarkan lebih 10,000 penyokong datang untuk berikan sokongan kepada pasukan negara.
Malaysia tumpas 2-4 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan A, kejohanan bolasepak AFC Bawah 16 Tahun di Bukit Jalil.
Pada pertemuan itu, skuad negara terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Luqman Hakim dilayangkan kad merah pada minit ke 50 kerana mengasari pemain lawan.
Bagaimanapun, peluang untuk ke suku akhir masi terbuka selepas Jepun terikat 0-0 dengan Tajikistan dalam satu lagi pertemuan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm