Berita Terkini
← Back to list
Myanmar ikat Malaysia 1-1 bola sepak Sukan SEA
Nov 25, 2019
Myanmar ikat Malaysia 1-1 bola sepak Sukan SEA
Foto - Persatuan Bola Sepak Malaysia
Malaysia gagal memulakan kempen bola sepak Sukan SEA Filipina dengan langkah kanan selepas terikat 1-1 dengan Myanmar, petang ini.
Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul penyelamat Malaysia dengan gol penyamaan pada minit ke-27 selepas ketinggalan seawal minit ke-13.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual bertemu tuan rumah Filipina pada perlawanan kedua Kumpulan A, Jumaat ini.
-----
Saad Ichalelene Pengarah Teknikal NFDP
Foto - Free Malaysia Today
Teka teki siapa pengganti Lim Teong Kim selaku Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akhirnya terjawab, hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan umumkan, bekas Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja PSG, Saad Ichalelene akan memegang jawatan tersebut.
Menurut KBS, pemilihan Ichalelene dibuat berdasarkan peranannya dalam merancang program latihan NFDP di pelbagai peringkat sebelum ini.
-----
Kelantan enggan rugi dalam pemilihan pemain import
Foto - Malaysian Football League
Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah enggan terburu-buru mendapatkan khidmat pemain import bagi memperkuatkan skuad The Red Warriors, musim depan.
Katanya, walaupun diberi kuasa penuh oleh KAFA dalam pemilihan pemain, beliau tidak mahu ambil langkah 'rugi' dalam aspek itu.
Apa yang penting katanya, pemain itu boleh bermain dengan sistem permainannya dan segera dapat sesuaikan diri dengan permainan bola sepak Malaysia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm