Berita Terkini
← Back to list
Nor Azam Azih berperang dengan masa
Oct 03, 2019
Nor Azam Azih berperang dengan masa
Foto - medium.com
Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih mungkin terpaksa melupakan aksi persahabatan menentang Sri Lanka serta kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam.
Pemain Pahang berusia 24 tahun itu akui, kebarangkalian untuk dia kembali pulih dari kecederaan tersebut dalam tempoh terdekat adalah rendah.
Mengakui sedikit tertekan tidak dapat bantu skuad kebangsaan, Azam bagaimanapun berharap rakan sepasukan mampu tampilkan aksi terbaik pada dua perlawanan berkenaan.
-----
Tok Gajah tak terjejas tanpa Dollah Salleh
Foto - Stadium Astro
Persediaan Pahang menghadapi saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Kedah 19 dan 26 Oktober ini tidak terjejas biarpun tanpa kehadiran jurulatih, Dollah Salleh yang kini berada di Jepun untuk kursus kejurulatihan.
Pengurus Tok Gajah, Datuk Suffian Awang berkata, dua penolong jurulatih, Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Shahrulnizam Sahat mampu memikul tanggungjawab itu.
Skuad Pahang juga tanpa enam pemain, masing-masing Matthew Davies, Norshahrul Idlan Talaha, Nor Azam Azih dan Mohamadou Sumareh yang kini bersama skuad Harimau Malaya.
-----
Bulan Sukan Negara di Kedah tampikan lebih seribu acara
Foto - Bulan Sukan Negara
Lebih seribu acara sukan berlangsung di negeri Kedah sempena Bulan Sukan Negara sepanjang Oktober ini yang dijangka akan disertai lebih 324,000 orang.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri berkata, jumlah acara itu adalah yang paling tinggi setakat ini berbanding di negeri-negeri lain dan ia dijangka akan meningkat kerana terdapat banyak lagi penganjuran yang masih di peringkat perancangan.
Penganjuran acara kali ini katanya meliputi acara yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pihak swasta, sekolah, badan-badan bukan kerajaan, persatuan sukan dan persatuan penduduk.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm