Berita Terkini
← Back to list
Olimpik Tokyo : Kemenangan Pertama Tingkatkan Keyakinan.
Jul 25, 2021
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akui kemenangan pertama pada Sukan Olimpik Tokyo meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk beraksi ke peringkat seterusnya.
Ini selepas beregu lelaki negara itu tewaskan pasangan Korea Selatan dengan straight set pada perlawanan peringkat kumpulan semalam.
Mereka akan berentap dengan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, esok.
Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying catat kekalahan kedua berturut-turut pada Sukan Olimpik Tokyo.
Ini selepas mereka tewas straight set kepada wakil Jerman pada aksi kedua peringkat kumpulan.
Semalam, Peng Soon-Liu Ying tewas kepada pasangan Hong Kong dalam pertarungan 3 set.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm