Berita Terkini
← Back to list
PKBM sedia selamatkan Le Tour de Langkawi 2019
Feb 12, 2019
Foto - Stadium Astro
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia gesa Kementerian Belia dan Sukan me lantik pihak lain jika Human Voyage gagal menganjurkan Le Tour de Langkawi 2019 pada tarikh yang ditetapkan.
Ini kerana PKBM belum terima apa-apa permohonan rasmi daripada promoter itu untuk pinda tarikh penganjurannya yang sebelum ini ditetapkan dari 24 hingga 31 Mac depan.
Foto - Stadium Astro
LTdL bakal kehilangan status Two Hors Class jika penganjurannya gagal dilangsungkan pada tarikh yang ditetapkan.
PKBM dalam pada itu sedia menyelamatkan LTdL 2019 namun Human Voyage perlu memaklumkan keputusanya selewat-lewatnya, Khamis ini.
Foto - Stadium Astro
Justeru, PKBM mahu KBS melantik pihak lain dengan nasihatnya serta merta bagi menjaga imej negara memandangkan masa kian suntuk.
Pihaknya turut menyangkal dakwaan kononnya penganjuran LTdL 2019 pada tarikh itu tidak akan mendapatkan liputan media yang meluas kerana berlangsung serentak dengan satu acara antarabangsa di Langkawi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm