Berita Terkini
← Back to list
Pemain Terbaik Lelaki Tahunan FIFA milik Luka Modric.
Sep 25, 2018
Penantian siapa yang akan menjulang anugerah Pemain Terbaik Lelaki Tahunan FIFA telah terjawab.
Seperti dijangka, bintang Real Madrid, Luka Modric dipilih sebagai pemenang, menewaskan penyandang gelaran, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah dari Liverpool.
Modric miliki pencapaian cemerlang selepas bantu Real memenangi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut selain bawa pasukan Croatia muncul naib juara Piala Dunia 2018.
Sementara itu, Salah memenangi anugerah Gol Tercantik menerusi jaringan ketika menentang Everton musim lepas.
Dalam kategori wanita, pemain Brazil, Marta menang anugerah Pemain Terbaik buat kali keenam.
Bekas penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois yang kini bersama Real Madrid pula terima anugerah Penjaga Gol Terbaik.
Manakala pengendali skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps dinobatkan Jurulatih Lelaki Terbaik.
Kehilangan tonggak utama, Luqman Hakim yang digantung perlawanan tidak jejaskan tumpuan skuad bolasepak remaja negara.
Jurulatih, Lim Teong Kim berkata dia miliki ramai lagi pemain yang boleh diturunkan untuk hadapi Jepun pada aksi terakhir kumpulan kejohanan AFC Bawah 16 Tahun esok.
Skuad negara yang duduki tangga ketiga kumpulan A, wajib menang ke atas Jepun untuk layak ke suku akhir.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm