Berita Terkini
← Back to list
Penjaga gol JDT, Farizal Marlias digantung setahun
Jun 09, 2017
Penjaga gol JDT, Farizal Marlias digantung 12 bulan dan denda 170 ribu ringgit leh Persekutuan Bola Sepak Asia.
Ia gara-gara tindakan Farizal mengasari pengadil perlawanan pada separuh akhir zon ASEAN Piala AFC menentang Ceres, bulan lalu.
Hukuman penggantungan itu bermula hari ini sehingga 8 Jun 2018 melibatkan semua perlawanan peringkat tempatan dan antarabangsa.
Jurulatih JDT, Benjamin Mora turut dikenakan denda 30 ribu ringgit kerana mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai perlawanan dan AFC.
Farizal dan Mora masing-masing dikehendaki menjelaskan denda tersebut dalam tempoh 30 hari.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm