Berita Terkini
← Back to list
Presiden FAM dilantik CDM ke Hanoi
Mar 09, 2021
Presiden FAM dilantik CDM ke Hanoi
Foto - mStarOnline
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini melantik Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Sea Hanoi di Vietnam, November depan.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu memenuhi kriteria ditetapkan.
Norza dalam pada itu berkata, mereka masih belum memutuskan siapa yang bakal menggalas tanggungjawab selaku timbalan ketua kontinjen.
-----
TSG ikat jaguh Belanda
Foto - Wieler Flits
Pasukan lumba basikal Terengganu Cycling Team (TSG) tandatangani Jeroen Meijers dari Belanda bagi memantapkan lagi pasukan berstatus benua Asia itu.
Pelumba berusia 28 tahun itu mengikat kontrak dengan TSG selama setahun bagi menggantikan Robin Jurado Lopez dari Panama yang meninggalkan pasukan.
TSG sifatkan, kehadiran Meijers tepat pada masanya dalam misi pasukan memburu lebih banyak lagi mata ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
-----
Hakim Danish mahu gegar Asia Talent Cup
Foto - Tarmac Sports
Pelumba Terengganu, Hakim Danish Ramli tekad beraksi cemerlang pada penampilan sulung dalam Kejohanan Asia Talent Cup, pertengahan bulan ini.
Malah, remaja berusia 14 tahun itu tidak sedikit pun berasa gentar dan menetapkan sasaran untuk menghuni lima kedudukan teratas.
Hakim Danish antara peserta termuda dalam kejuaraan 12 siri itu akan bersaing dengan 21 peserta remaja lain dari lapan negara Asia Pasifik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm