Berita Terkini
← Back to list
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia yakin skuad negara layak ke Olimpik Tokyo 2020.
Dec 18, 2018
Jatuh 1 anak tangga ke kedudukan ke 13 dunia, tidak lunturkan keyakinan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia untuk melihat skuad lelaki negara layak ke Olimpik Tokyo 2020.
Datuk Seri Subahan Kamal berkata apa yang penting barisan pemain perlu lebih fokus pada aksi Kelayakan yang akan bermula tahun depan.
Kali terakhir skuad hoki negara beraksi pada dalam Sukan Olimpik ialah di Sydney, Australia tahun 2000.
Skuad Karate negara raih 2 pingat emas pada Sukan Universiti Asean.
Skuad Karate negara raih 2 pingat emas menerusi acara kumite lelaki pada hari ke 10 Sukan Universiti Asean di Myanmar.
Skuad memanah pula rangkul tiga pingat emas menerusi acara berpasukan.
Malaysia kini duduki tangga ketiga dengan 34 pingat emas.
Thailand di tangga teratas dengan 55 emas diikuti Indonesia kedua dengan 41 pingat emas.
Promoter sedia beri kerjasama siasat kes kemalangan Mohd Hafiz Nor Azman.
Promoter sedia beri kerjasama bagi siasat kes kemalangan yang meragut nyawa pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman kelmarin.
Pihaknya sudah serahkan semua dokumen dan laporan berhubung insiden itu kepada pihak terlibat termasuk polis dan Persatuan Automobil Malaysia selaku badan pemantau sukan permotoran di Malaysia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm