Berita Terkini
← Back to list
Presiden PKBM sah ditahan SPRM
Jan 31, 2020
Presiden PKBM sah ditahan SPRM
Foto - Harian Metro
Teka-teki mengenai penahanan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan oleh SPRM atas dakwaan salah guna kuasa, terjawab.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia sahkan kepada Harian Metro, individu yang ditahan itu adalah presidennya, Datuk Abu Samah Abd Wahab.
Timbalan Presiden PKBM, Yunus Ibrahim bagaimanapun serahkan kepada SPRM untuk siasatan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
-----
Nafuzi tagih pengalaman Darren Lok
Foto - Terengganu Football Club
Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin pengalaman luas dimiliki Darren Lok mampu kukuhkan jentera serangan skuad Penyu, musim ini.
Nafuzi berkata, beliau buat keputusan mendapatkan Lok kerana tertarik dengan corak permainan penyerang Harimau Malaya dan JDT itu.
Kehadiran Lok juga kata Nafuzi memberi pilihan yang luas kepadanya untuk menyenaraikan pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan.
-----
JDT tutup tirai pra musim di Dubai
Foto - JohorSouthernTigers
Juara Liga Super enam kali berturut-turut, JDT tamatkan jelajah pra musim di Dubai dengan mencatat tiga kemenangan dan dua kekalahan.
Dalam aksi terakhir lewat malam tadi, skuad kendalian Benjamin Mora tewas tipis 2-3 kepada kelab UAE, Emirates FC.
JDT bakal membuka tirai Liga Malaysia musim ini dengan aksi Piala Sumbangsih menentang Kedah di stadium baru mereka, 28 Februari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm