Berita Terkini
← Back to list
Presiden Persatuan Bolasepak Perak masih terima kecaman netizen.
Nov 01, 2018
Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim masih terima kecaman gara-gara caranya kendalikan trofi Piala Malaysia sebelum ini.
Foto: Berita Harian
Kini terdapat pula kempen di media sosial yang desak beliau letak jawatan dengan Hashtag Presiden-Pafa-Sila-Letak-Jawatan dan hashtag Presiden-Pafa-Out.
Selain itu ada juga kempen minta peminat bola sepak Perak supaya boikot majlis perarakan piala itu yang dirancang kerajaan negeri dan PAFA dalam masa terdekat.
Hasnul bagaimanapun telah minta maaf secara terbuka sebelum ini.
Ahli Parlimen diingatkan supaya tidak terima pelantikan mengetuai persatuan sukan.
Menteri Belia dan Sukan ingatkan pemimpin politik terutama Ahli Parlimen supaya tidak terima pelantikan mengetuai persatuan sukan.
Jelas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, isu itu mendatangkan implikasi besar terutama dalam aspek pengagihan peruntukan yang sewajarnya kepada persatuan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ini bukan paksaan kerana apabila babitkan persatuan sukan, menteri tidak boleh campur tangan.
Hafizh Syahrin Abdullah kekal optimis untuk muncul pelumba baru terbaik musim ini.
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah kekal optimis untuk muncul pelumba baru terbaik musim ini.
Menurutnya, walaupun ketinggalan 12 mata di belakang Franco Morbidelli, dia yakin untuk lakar keputusan terbaik dan terus beri tekanan kepada penunggang Honda itu dengan baki 1 lagi perlumbaan di Valencia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm