Berita Terkini
← Back to list
Rayuan 3 Pasukan Untuk Kekalkan Khidmat Ketua Jurulatih Mereka Ditolak.
Nov 27, 2020
FAM tolak rayuan 3 pasukan yang ingin kekalkan khidmat ketua jurulatih masing-masing tanpa lesen kejurulatihan pro AFC dalam saingan Liga Super musim depan.
Persatuan itu berkata ini kerana pihaknya telah menetapkan peraturan tersebut dan tidak bercadang untuk berpatah balik daripada peraturan tersebut.
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah sebelum ini kemukakan rayuan untuk menggunakan khidmat pengendali yang tidak mempunyai lesen tersebut.
Dalam pada itu, Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sedang mengenal pasti kerosakan yang berlaku terhadap sukan bola sepak akibat pandemik COVID-19.
Jelasnya, dana berjumlah lebih RM 6 juta yang diterima daripada FIFA akan digunakan untuk tujuan tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm