Berita Terkini
← Back to list
Red Giants kini dikenali sebagai Selangor FC
Oct 02, 2020
Red Giants kini dikenali sebagai Selangor FC
Foto - Selangor FC
Pasukan bola sepak Selangor kini dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Selangor selepas proses penswastaan kelab itu diluluskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi, Selasa lepas.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon berkata, Selangor FC masih mengekalkan logo sedia ada berbentuk perisai, dengan lambang jata Selangor pada bahagian atas.
Namun katanya, kelainan pada logo Selangor FC berbanding logo asal hanyalah pada perkataan persatuan yang digantikan dengan kelab.
-----
Melaka mahu venue bertemu Kedah diubah
Foto - Melaka United Soccer Association
Kerajaan negeri Melaka mohon Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tukar venue aksi Liga Super Melaka United lawan Kedah yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Aman, Ahad ini.
Ia susulan situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan di negeri Jelapang Padi itu selain bertujuan mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak berkenaan.
Perlawanan itu yang sepatutnya berlangsung hari ini ditunda ke hari Ahad kerana skuad Melaka United perlu jalani kuarantin selepas pulang dari Sabah.
-----
KFA minta Sanusi jangan letak jawatan
Foto - Astro Awani
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memohon Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor menimbang semula cadangannya untuk meletak jawatan seperti yang diumumkan semalam.
Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din beritahu Sinar Harian, pihaknya ketika ini amat perlukan khidmat Sanusi untuk mentadbir dan memajukan bola sepak Kedah.
Tambah Radhi, sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi juga satu-satunya individu yang memiliki keupayaan dan kuasa untuk menyelesaikan kemelut badan induk itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm