Berita Terkini
← Back to list
Safee Sali sah milik Singa Utara
Dec 18, 2018
Foto - Stadium Astro
Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sertai Perlis bagi musim 2019 setelah menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Perlis, hari ini.
Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie percaya kehadiran Safee dan beberapa pemain ternama lain, mampu memperkuatkan skuad Singa Utara kembali ke saingan Liga Super pada 2020.
Foto - Berita Harian
Bekas pemain Selangor, JDT dan PKNS FC itu antara beberapa bekas bintang yang berjaya dipancing Perlis termasuk Mohd Badhri Radzi, Khyril Muhymeen, Abdul Manaf Mamat dan Faiz Subri.
Bagaimanapun, PFA masih meneliti pemain import yang akan menyarung jersi skuad Singa Utara pada musim depan menerusi beberapa aksi persahabatan yang sedang diatur ketika ini.
Foto - Semuanya Bola
Jurulatih baru Perlis, Manzoor Azwira Abd Wahid dalam pada itu percaya Safee mampu membantu memperkuatkan cabaran pasukan utara tanah air itu untuk memberi saingan kepada pasukan lain.
PFA dilaporkan telah menghantar permohonan kepada FAM untuk beraksi dalam saingan Liga Premier 2019 selepas beberapa pasukan termasuk Felcra FC dan Kuantan FA tarik diri, musim depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm