Berita Terkini
← Back to list
Senarai pemain skuad B-23 negara untuk Sukan Asia sudah lengkap.
Aug 13, 2018
Senarai 20 pemain skuad bolaepak Bawah 23 Tahun negara yang akan bawa cabaran ke sukan Asia Indonesia telah pun lengkap.
Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee gugurkan dua pemain iaitu Khatul Anuar Md Jalil dan Rodney Celvin Akwensivie dan panggil semula Hadi Fayyadh Abdul Razak yang baru pulang dari sesi percubaan di Jepun.
Malaysia akan mulakan saingan berdepan Kyrgystan Rabu ini.
Sementara itu, Majlis Olimpik Asia beri amaran ujian doping bagi Sukan Asia Indonesia akan diperketat.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Dopingnya, Tan Sri Dr M. Jegathesan berkata lebih ramai atlet akan diuji berbanding ketika di Korea Selatan 4 tahun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm