Berita Terkini
← Back to list
Seramai 208 atlet bakal nikmati kenaikan kadar elaun
Mar 13, 2019
Foto - Stadium Astro
Seramai 208 atlet bakal nikmati kenaikan kadar elaun berdasarkan penyelarasan semula Skim Elaun Latihan di bawah program latihan atlet kebangsaan yang baru.
Kementerian Belia dan Sukan berkata, skim Elaun Latihan yang baru ini bertujuan untuk memastikan atlet sentiasa berada pada tahap pretasi yang terbaik dengan penilaian akan dibuat setiap enam bulan.
Foto - Stadium Astro
Di bawah skim itu juga, seramai 242 atlet akan menerima kadar elaun yang sama, 188 atlet akan menerima kadar elaun asas atlet.
Manakala tujuh atlet akan menghadapi penurunan kadar elaun atas sebab pertukaran status atlet dari sepenuh masa kepada separuh masa dan diberi peluang kedua untuk meningkatkan prestasi.
Foto - Stadium Astro
Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan kembalikan semula program atlet berprestasi tinggi, Program Podium dengan beberapa perubahan kecil.
Menurut KBS, program baru ini lebih menekankan kepada aspek kebajikan atlet dan tidak lagi mengutamakan pencapaian besar atlet.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm