Berita Terkini
← Back to list
Serghei Tvetcov perkuat Team Sapura Cycling
Jan 03, 2020
Serghei Tvetcov perkuat Team Sapura Cycling
Foto - cyclingnews.com
Pasukan terbaik keseluruhan jelajah berbasikal Tour de Selangor 2019, Team Sapura Cycling terus memantapkan pasukan itu musim ini.
Terbaru, TSC bawa masuk pelumba Moldova, Serghei Tvetcov yang mewakili pasukan dari Kanada, Floyd's Pro Cycling tahun lalu.
Untuk rekod, Serghei pernah dinobat juara keseluruhan Tour de Korea dan Tour of Romania pada 2018.
-----
BAM gugurkan 7 pemain skuad kebangsaan
Foto - Badminton Association of Malaysia
Persatuan Badminton Malaysia gugurkan tujuh pemain daripada skuad kebangsaan sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula bagi Projek 24.
Menurut BAM, mereka antaranya perseorangan lelaki, Soong Joo Ven, beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu wanita, Lim Pei Yee/Lim Chiew Sien.
Dengan penyingkiran itu, skuad kebangsaan kini dibarisi seramai 31 pemain dengan majoritinya berusia antara 20 hingga 24 tahun.
-----
Goh Jin Wei kembali!
Foto - Victor Sport
Pemain badminton perseorangan wanita negara, Soniia Cheah sah menarik diri daripada kejohanan Masters Malaysia di Bukit Jalil, minggu depan.
Menurut Persatuan Badminton Malaysia, pemain berusia 27 tahun itu terpaksa lupakan kejohanan sulung tahun ini akibat kecederaan hamstring.
Tempat Soniia akan digantikan Goh Jin Wei yang sebelum ini berehat panjang selepas jalani pembedahan akibat kecederaan, Oktober tahun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm