Berita Terkini
← Back to list
Skuad Badminton Negara Sedia
May 06, 2020
Skuad Badminton Negara Sedia
Skuad badminton negara sedia untuk kembali jalani latihan selepas sambutan Aidilfitri.
BAM beritahu Astro Arena, pihaknya telah menyediakan garis panduan agar pemain yang memburu tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan dapat berlatih tanpa sebarang kebimbangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Antara yang terkandung dalam garis panduan tersebut adalah mengehadkan jumlah pemain di dalam dewan latihan dan mengambil suhu badan pemain sebelum jalani latihan.
Tan Cheng Ho Akur
Tan Cheng Hoe akur untuk memberi laluan kepada Liga Malaysia bersambung sepanjang September depan berbanding kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ketua jurulatih Harimau Malaya itu berkata walaupun FIFA sudah membenarkan aksi persahabatan pada September depan, FAM dan MFL mungkin akan menggunakan kalendar tersebut bagi saingan Liga Malaysia
Tan Cheng Hoe berharap pemain akan mendapatkan semula rentak permainan jika liga M dapat bersambung semula.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm