Berita Terkini
← Back to list
Sukan Badminton Negara Perlukan Perubahan Drastik
Feb 20, 2024
Sukan Badminton Negara Perlukan Perubahan Drastik
Perubahan drastik perlu dilakukan terhadap sukan badminton negara.
Itu reaksi Datuk Lee Chong Wei selepas skuad badminton negara tewas kepada China pada final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia, minggu lalu.
Jelas lagenda badminton negara itu kepada The Star, badan induk badminton di Malaysia perlu tingkatkan usaha untuk beri pendedahan kepada pemain muda.
Untuk rekod, skuad lelaki muncul naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia manakala skuad wanita tersingkir di peringkat suku akhir.
Dalam perkembangan lain, BAM sahkan Ng Tze Yong alami kecederaan tulang belakang ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Pihaknya akan terus pantau perkembangan perseorangan lelaki negara itu yang perlu harungi misi untuk layak ke Olimpik Paris.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm