Berita Terkini
← Back to list
Sukan Para Asia Indonesia: Malaysia mula menuai emas
Oct 09, 2018
Sukan Para Asia Indonesia: Malaysia mula menuai emas
Foto - Malaysian Invasion Spirit In Motion
Hari yang produktif buat kontinjen negara pada hari ketiga Sukan Para Asia di Indonesia.
Ini selepas empat pingat emas berjaya diraih, masing-masing dua daripada sukan olahraga dan dua lagi dari acara berbasikal.
Setakat 5 petang tadi, kontinjen negara sudah mengumpul 4 emas, 7 perak dan 8 pingat gangsa untuk berada di tangga ke-9 keseluruhan.
-----
Sumareh akhirnya ke pangkuan skuad Harimau Malaya
Foto - Stadium Astro
Mohamadou Sumareh akhirnya sertai latihan skuad kebangsaan hari ini selepas dapat pelepasan daripada majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.
BHOnline melaporkan, perkara itu disahkan sendiri Sumareh yang dalam perjalanan ke kem latihan pusat skuad kendalian Tan Cheng Hoe di Melaka.
Pemain naturalisasi pertama Malaysia itu tidak kelihatan pada hari pertama latihan pusat di Stadium Hang Jebat, semalam selepas didakwa belum mendapat pelepasan daripada PBNP.
-----
BAM tidak akan ganggu Datuk Lee Chong Wei
Foto - Stadium Astro
Persatuan Badminton Malaysia tidak mahu mengganggu Datuk Lee Chong Wei sehingga ikon badminton itu sendiri tampil menjelaskan perkembangan terkini keadaan kesihatannya.
Jelas BAM, ruang peribadi Chong Wei perlu dihormati dan berharap tiada pihak keluarkan sebarang kenyataan sensitif.
Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal, selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan di Taiwan dan pulang ke tanah air Ahad lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm