Berita Terkini
← Back to list
Sumareh berlepas ke Thailand
Sep 29, 2020
Sumareh berlepas ke Thailand
Foto - AFF Suzuki Cup
Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh berlepas ke Thailand tengah hari tadi untuk melengkapkan perpindahan ke Police Tero FC.
Bekas pemain Pahang itu bagaimanapun berkata, dia belum lagi memutuskan samada mahu beraksi bersama kelab itu selama enam bulan atau setahun.
Sumareh terdahulu cetus kontroversi apabila meninggalkan Tok Gajah tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan serta tidak hadir latihan pada Ogos.
-----
Aksi Liga Super Kedah-Melaka United dan JDT-Sabah ikut jadual asal
Foto - Malaysian Football League
Aksi Liga Super Kedah menentang Melaka di Alor Setar serta JDT berdepan Sabah di Iskandar Puteri akan berlangsung mengikut jadual asal, Jumaat ini.
Namun, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) beritahu kepada BHOnline, pihaknya akan maklumkan sekiranya terdapat perubahan yang terpaksa dilakukan.
Kementerian Kesihatan Malaysia terdahulu arah semua individu yang pulang dari Sabah menjalani ujian saringan Covid-19 dan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
-----
Pemain baru akan dipanggil sertai kem latihan skuad hoki kebangsaan
Foto - A Viral Box
Beberapa pemain yang mempamerkan kualiti pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini akan dipanggil mengikuti kem latihan skuad kebangsaan.
Jurulatih negara, Arul Selvaraj juga tidak menolak kemungkinan memanggil semula penyerang Terengganu, Faizal Saari yang meledak 18 gol dalam kejohanan itu.
Beliau dijangka mengumumkan skuad latihannya pada Khamis ini untuk latihan fasa seterusnya bermula 5 Oktober ini sehingga akhir tahun nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm