Berita Terkini
← Back to list
Super KIP kembali beraksi
Nov 21, 2019
Super KIP kembali beraksi
Foto - Petronas Sprinta Racing
Selepas berehat panjang akibat kecederaan, Khairul Idham Pawi kembali beraksi bersama pasukan Moto3 Petronas Sprinta Racing.
Pada hari pertama ujian pra musim di Jerez semalam, Super KIP catat masa keempat terpantas di belakang rakan sepasukannya, John McPhee.
Katanya, dia masih perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan gaya menunggang daripada Moto2 kepada Moto3.
-----
Malaysia sasar 70 pingat emas di Filipina
Foto - Stadium Astro
Malaysia sasar meraih 70 pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan membuka tirai secara rasmi, Sabtu depan.
Jika berjaya dicapai, ia akan mengatasi jumlah kutipan pingat emas terbaik Malaysia di luar negara, 68 emas di Korat, Thailand pada 2007.
Sasaran ini dijangka meletakkan kontinjen Malaysia di kedudukan keempat terbaik keseluruhan di kalangan 11 negara bertanding.
-----
Fauzan akur gagal pertahan emas Sukan SEA
Foto - Berita Harian
Fauzan Ahmad Lutfi digugurkan daripada acara berbasikal ujian masa berpasukan di Sukan SEA Filipina.
Beliau yang sedar tidak berada dalam kondisi terbaik akur dan menerima keputusan apatah lagi laluan di Filipina adalah berbukit.
Acara ujian masa berpasukan merupakan sasaran tunggal emas skuad berbasikal negara kerana acara trek tidak dipertandingkan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm