Berita Terkini
← Back to list
Tan Sri Tony Fernandes terajui Perbadanan Stadium Malaysia
Sep 26, 2018
Tan Sri Tony Fernandes terajui Perbadanan Stadium Malaysia
Foto - AirAsia Group Berhad
Tan Sri Tony Fernandes dipilih mengisi kekosongan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia yang baru berkuat kuasa hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan berkata, pelantikan dibuat berdasarkan pencapaian dan pengalaman tokoh korporat itu dalam bidang komersial termasuk industri penerbangan.
KSB berharap, pelantikan Tan Sri Tony dapat memajukan dan merancakkan lagi aktiviti belia, sukan, rekreasi serta hiburan membabitkan pelbagai aset di bawah PSM.
-----
FAM bantah penggunaan pengadil luar dalam Liga Malaysia
Foto - Stadium Astro
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh bantah cadangan menggunakan pengadil luar dalam Liga Malaysia.
Katanya, langkah untuk tubuhkan syarikat pengurusan bebas pengadil profesional itu dilihat seperti meminggirkan pengadil tempatan.
Tambah Subkhiddin lagi, langkah Liga Bolasepak Malaysia itu dilihat hanya akan mewujudkan pengasingan dan berat sebelah.
-----
Hoki: Rayuan Malaysia layak secara automatik ke Olimpik Tokyo nipis
Foto - fih.ch
Persekutuan Hoki Antarabangsa tegaskan, rayuan Malaysia untuk layak automatik ke Olimpik Tokyo selaku naib juara Sukan Asia agak tipis.
CEO Persekutuan Hoki Antarabangsa, Thierry Weil berkata, sistem kelayakan Sukan Olimpik ditentukan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan bukannya badan induk berkenaan.
Peraturan menetapkan, hanya juara Sukan Asia layak automatik ke Olimpik Tokyo biarpun Malaysia tewas kepada tuan rumah temasya itu nanti, Jepun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm