Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Indonesia : Pearly Tan-M Thinaah Naib Juara
Jun 09, 2025
Terbuka Indonesia : Pearly Tan-M Thinaah Naib Juara
Pearly Tan-M Thinaah muncul naib juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia.
Beregu wanita negara itu tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada aksi final.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan gandingan nombor 4 dunia itu terlepas peluang untuk cipta sejarah menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 buat kali pertama.
Namun, Pearly-Thinaah dijangka naik 1 anak tangga ke kedudukan ke-3 dunia selepas berjaya mara ke final Terbuka Indonesia.
Liga Negara-Negara : Portugal Juara
Cristiano Ronaldo raih trofi ketiganya pada peringkat antarabangsa!
Portugal muncul juara Liga Negara-Negara selepas tewaskan Sepanyol 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Ini selepas kedua-dua pasukan terikat 2 sama sehingga tamat masa tambahan.
Ini merupakan kali kedua Ronaldo menjulang trofi tersebut selepas melakukannya pada 2019 selain bantu Portugal menjuarai Euro 2016.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm