Berita Terkini
← Back to list
Terengganu FC mampu ulang kejayaan 2001 pada final Piala Malaysia, Sabtu ini.
Oct 24, 2018
Terengganu FC tidak gentar bertemu Perak!
Foto - Stadium Astro
Terengganu FC tidak gentar untuk berdepan Perak pada final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Pengendalinya, Irfan Bakti optimis anak buahnya mampu muncul juara selepas berjaya singkirkan juara bertahan, JDT pada aksi separuh akhir dengan agregat 3-2.
DPI, kerajaan negeri Terengganu isytiharkan cuti peristiwa Ahad ini biarpun TFC tumpas pada aksi final nanti.
---
Perak harap pemain yang cedera sempat pulih menjelang final Piala Malaysia
Foto - Stadium Astro
Mehmet Durakovic berharap beberapa pemain utama Perak yang cedera mampu pulih menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Foto - Stadium Astro
Pengendali skuad The Bos Gaurus itu berkata ia bagi mencerahkan peluang mereka untuk muncul juara memandangkan TFC bukan lawan yang mudah.
Kali terakhir Perak menjuarai Piala Malaysia adalah pada tahun 2000 ketika menumpaskan N. Sembilan 2-0.
---
Pandelela mahu fokus pada sukan terjun selepas tamat pengajian
Foto - Stadium Astro
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong akui gembira selepas berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya.
Katanya ini merupakan pencapaian yang amat bermakna untuk dirinya di luar bidang sukan.
Tambahnya, kini dia boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap sukan terjun selepas 5 tahun membahagikan masa sebagai seorang atlet dan juga penuntut universiti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm