Berita Terkini
← Back to list
Tiada aksi persahabatan buat Harimau Malaya
May 21, 2020
Tiada aksi persahabatan buat Harimau Malaya
Foto - Football Association of Malaysia
Tiada perlawanan persahabatan buat skuad Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Oktober depan susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia.
Menurut FAM, walaupun Tan Cheng Hoe senaraikan beberapa aksi persahabatan, namun pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk membendung jangkitan wabak itu.
Malaysia dijadual berdepan UAE di Dubai pada 8 Oktober sebelum bertemu Vietnam di Kuala Lumpur, lima hari kemudian dan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.
-----
Tugas berat menanti Tan Cheng Hoe
Foto - AFF Suzuki Cup
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akui berdepan tugas berat dalam mempersiapkan pasukan untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia nanti.
Cheng Hoe beritahu Arena Metro, tanpa sebarang latihan seperti biasa selain tiada aksi kompetitif dalam tempoh dua bulan ia sekali gus mengganggu prestasi pemain-pemain kebangsaan.
Beliau juga beri bayangan tidak akan memanggil pemain baru jika Liga-M tidak disambung dalam waktu terdekat kerana bimbang tidak mencapai mutu yang diharapkannya.
-----
BAM rombak kem remaja pula
Foto - Stadium Astro
Selepas rombakan dalam kem kejurulatihan senior, BAM akan menstruktur bahagian skuad remaja badminton kebangsaan pula dalam usaha memperkukuh sistem kejurulatihan mereka.
Antara yang tersenarai juara perseorangan lelaki All England 2003, Hafiz Hashim yang akan menggalas tanggungjawab mengemudi bahagian lelaki bawah 15 tahun.
Turut serta ialah bekas pemenang skuad Piala Thomas 1992, Kwan Yoke Meng yang diberi tugas mengetuai bahagian pembangunan pemain wanita bawah 13 tahun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm