Berita Terkini
← Back to list
Wakil negara hambar pada hari pertama badminton Terbuka Korea
Sep 24, 2019
Wakil negara hambar pada hari pertama badminton Terbuka Korea
Foto - New Straits Times
Aksi longlai ditunjukkan wakil negara pada hari pertama kejohanan badminton Terbuka Korea yang membuka tirainya hari ini.
Dua aksi pusingan pertama beregu campuran menyaksikan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas mengejut kepada wakil Thailand.
Turut kandas gandingan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing manakala Soo Teck Zhi tersingkir di pusingan kelayakan perseorangan lelaki.
-----
Daniel Amier enggan terus jadi pemerhati
Foto - Kosmo!
Dua kali dipanggil sertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, Danial Amier Norhisham enggan terus jadi pemerhati.
Sebaliknya menurut BHOnline, pemain tengah Felda United itu tekad mahu memikat jurulatih, Tan Cheng Hoe agar dapat membarisi kesebelasan utama.
Danial akui, dia perlu bekerja keras untuk meyakinkan Cheng Hoe lebih-lebih lagi apabila barisan utama sudah membuktikan keupayaan mereka.
-----
KAFA mahu penyokong buang persepsi negatif
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Persatuan Bola Sepak Kelantan sedang giat mencari penaja bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020 selain menyelesaikan tunggakan gaji pemain.
Justeru, KAFA berharap semua pihak termasuk penyokong supaya bertenang dan tidak timbulkan sebarang persepsi negatif terhadap persatuan itu.
Ia penting bagi menarik lebih banyak penaja untuk bekerjasama dengan KAFA bagi persiapan musim depan dan membantu mengurangkan bebanan kewangan badan induk itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm