← Back to list
Arab Saudi Setuju Tambah Kuota Jemaah Haji Malaysia.
Mar 10, 2021
Malaysia bakal terima tambahan 10,000 kuota rasmi haji apabila situasi haji kembali normal selepas pandemik COVID-19 reda nanti.
Berita baik itu disampaikan oleh Perdana Menteri selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi.
Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ini kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.
Pertemuan itu merupakan kemuncak lawatan rasmi 4 hari Tan Sri Muhyiddin ke Arab Saudi yang berlangsung mengikut SOP kesihatan dan keselamatan yang ketat.
Ada kesilapan dalam senarai penerima vaksin fasa satu.
Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengakui ada kesilapan dalam senarai penerima vaksin fasa satu.
Jelas Khairy Jamaluddin, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara tidak sengaja menyenaraikan nama individu bukan petugas barisan hadapan sebagai penerima vaksin COVID-19.
Sehubungan itu, PPV sedang mengenal pasti individu berkenaan bagi mengeluarkan mereka daripada senarai penerima vaksin fasa satu.
Setakat ini lebih 4.7 juta orang sudah mendaftar untuk menerima vaksin tersebut dan hampir 200,000 sudah mendapat suntikan.
Jangan merayau setelah hantar anak pulang ke asrama.
Tindakan boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang didapati merayau selepas menghantar anak ke sekolah asrama di daerah atau negeri lain.
Menteri Kanan Keselamatan berkata polis akan kenal pasti kesalahan itu daripada tarikh surat kemasukan anak mereka ke asrama.
Kerajaan membenarkan ibu bapa hantar anak mereka pulang ke asrama dengan hanya kemukakan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather