← Back to list
Kompaun RM10,000 berkuatkuasa hari ini
Mar 11, 2021
Kompaun RM10,000 berkuatkuasa hari ini
Foto - Johor Kini
Kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang, berkuatkuasa hari ini.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.
Tambahnya, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai tetapi lebih kepada meningkatkan kesedaran.
-----
Temu duga guru minggu ketiga April
Foto - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Temu duga graduan pendidikan lepasan universiti awam (UA) kelahiran Sabah dan Sarawak, bagi pengambilan tahun 2020 akan diadakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga April ini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkata, hanya graduan yang mendapat kelulusan Senat Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020 akan dipanggil untuk temu duga.
Pihaknya menyarankan calon bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP, bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga itu.
-----
Pengisytiharan darurat tidak boleh dicabar
Foto - IsmaWeb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150(1) dan 150(2B) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar menerusi semakan kehakiman.
Keputusan itu selepas Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati bahawa Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan adalah sah dan berperlembagaan.
Sehubungan itu, mahkamah menolak permohonan tiga wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri berhubung pengisytiharan berkenaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather