← Back to list
Ordinan Darurat Perangi Berita Palsu Berkuatkuasa Hari Ini.
Mar 12, 2021
Ordinan Darurat untuk memerangi berita palsu berkaitan COVID-19 dan proklamasi darurat diwartakan berkuatkuasa hari ini!
Mana-mana pihak yang hasilkan atau sebar berita palsu berkaitan perkara itu berdepan denda hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun.
Manakala individu yang salurkan bantuan kewangan bagi proses penghasilan berita palsu berdepan hukuman lebih berat.
Mereka boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara hingga 6 tahun, atau kedua-duanya sekali.
250,000 individu sudah terima vaksin Covid-19.
Hampir 250,000 orang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara.
Selangor, Sarawak dan KL mendahului negeri lain dari segi jumlahnya.
Manakala lebih 5.1 juta telah tampil mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Negeri-negeri utara Semenanjung terdedah kepada gelombang haba.
Jabatan Meteorologi jangkakan gelombang haba yang melanda beberapa negeri ketika ini berakhir bulan depan.
Jelasnya, negeri-negeri utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak terdedah dengan cuaca panas tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather