← Back to list
Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Meningkat.
Mar 15, 2021
Pendaftaran di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semakin meningkat.
Ia susulan keyakinan terhadap keberkesanan vaksin yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi juga yakin program itu dapat diselesaikan lebih awal.
Setakat ini 5.5 juta sudah tampil mendaftar dan hampir 300,000 telah menerima suntikan.
Tiada penularan Covid-19 di 7 sekolah di Dungun.
Dakwaan viral kononnya berlaku penularan COVID-19 di 7 sekolah di Dungun adalah palsu.
Jelas Pejabat Kesihatan Terengganu, pihaknya tidak terima sebarang laporan mengenai perkara itu.
Pihaknya minta masyarakat hentikan penyebaran berita palsu tersebut yang hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
KKM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat isu telur dicemari bakteria.
Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis dan telur ayam susulan kes pencemaran bakteria Salmonella.
Setakat ini hampir 370 sampel telur ayam dianalisis dan cuma 2 mengandungi bakteria itu.
Baru-bari ini Singapura menarik balik telur ayam keluaran sebuah syarikat Malaysia dari pasaran negara itu kerana dicemari bakteria Salmonella.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather