← Back to list
Sekatan Jalan Raya Diperketat Setiap Hujung Minggu!
Mar 17, 2021
Semakin ramai guna pelbagai alasan untuk rentas negeri pada hujung minggu.
Justeru Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador beri amaran, kawalan di sekatan jalan raya akan diperketatkan pada waktu berkenaan.
PDRM bimbang akan wujud kluster COVID-19 akibat rentas negeri meskipun kes semakin turun.
Sehubungan itu rentas negeri hanya dibenarkan untuk alasan kukuh antaranya bekerja, suami isteri berjauhan dan hantar anak pulang asrama.
RM10,000 nilai kompaun maksimum, bukannya tetap.
Kompaun RM10,000 bagi kesalahan melanggar SOP PKP adalah nilai maksimum dan ia bukanlah jumlah tetap.
Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia adalah nilai maksimum dan pesalah masih boleh merayu untuk ia dikuranngkan.
Ia terpulang kepada budi bicara Pejabat Kesihatan Daerah antaranya bergantung kepada jenis kesalahan juga kemampuan dan latar belakang pesalah.
Namun jumlah kompaun mengikut jenis kesalahan sedang diperincikan dan akan diumumkan tidak lama lagi bertujuan mengelakkan kekeliruan.
NADMA bantu penduduk daftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
NADMA akan digerakkan ke Sabah dan negeri Pantai Timur untuk bantu penduduk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ini kerana negeri-negeri berkenaan catat pendaftaran vaksinasi yang rendah setakat ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather